Skim Wakaf Al Quran (Sedekah Jariah) Sumbangan April 2021

RM35,794 of RM175,000 raised

Nikmat Rezeki Diperluas Berbaki Kepada Ibu Bapa

Setiap anak wajib memuliakan ibu bapa mereka kerana Allah SWT meletakkan darjat kedua-dua ibu bapa sangat istimewa dalam kehidupan seorang anak.

Ibu bapa merupakan insan yang telah menjaga dan membesarkan anak-anak dengan pelbagai karenah tanpa mengeluh penat dan lelah.

Dari seorang ibu yang berkorban menanggung sakit saat melahirkan seorang anak dan jasa seorang ayah yang bekerja penat lelah menjaga dan menyara keluarga.

Justeru, sebagai seorang anak adakah kita tidak mampu melihat segala jasa mereka, seterusnya menghargai pengorbanan mereka? Sedarlah bahawa anak yang merawat, memuliakan, berbakti dan menjaga ibu bapa akan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.

Anak yang memuliakan ibu bapanya akan mendapat ganjaran pahala. Ia bersamaan pahala berjihad dijalan Allah SWT kerana pengorbanan menjaga dan merawat ibu bapa dengan baik juga adalah sangat dituntut di dalam Islam.


konsortium wakaf quran

Akhir sekali, berbakti kepada ibu bapa juga bukan sahaja terhad ketika mereka masih hidup malah walaupun sudah meninggal dunia, kita masih boleh berbakti kepada kedua-dua ibu bapa kita.

Antaranya memohon doa kepada Allah SWT semoga di ampunkan dosa-dosa mereka, menempatkan mereka di dalam syurga dan dijauhkan dari api neraka, bersedekah atau berwakaf atas nama kedua-dua ibu bapa agar pahalanya berkekalan, menyelangsaikan hutang-hutang kedua ibu bapa dan menjaga silaturahim bersama orang-orang yang mengenali ibu bapa kita.

Kita hanya berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam akaun akhirat selamanya. Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan wakaf kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.

Jadi, matlamat Konsortium Wakaf Quran adalah berjaya kumpul 5,000 Waqaf Quran dibulan ramadhan ini.

Jom sama-sama kita jayakan Program Wakaf Quran dengan berwakaf demi orang tersayang.


 

Bagi anda yang baru jumpa kempen Wakaf ini, Program ini berkonsepkan ‘taja dan wakaf’, memberi laluan mudah kepada anda yang musykil dan tidak tahu ke mana hendak disalurkan sumbangan serta bantuan kepada saudara-saudara Islam yang satu akidah dan iman dengan anda.

Tahun 2021 adalah tahun ke 16 kami dalam menguruskan Skim Wakaf Al Quran di Malaysia.

Kami juga telah mendapat Pengiktirafan Badan-Badan Islam dan mendapat sokongan penuh daripada agensi-agensi dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

Alhamdulillah program wakaf al-Qur’an anjuran kami berjaya menjadi contoh dalam usaha menggalakkan umat Islam beramal jariah dan bersedekah.


Sertai wakaf Al-Quran RM35/naskah bersama Konsortium Wakaf Quran

  • Sasaran April (Ramdhan) 5,000 unit Quran diperlukan dibulan ramadhan ini.
  • Terkumpul: 1,022 unit Quran telah diwakafkan.
  • Berbaki: 3,978 unit Quran masih kekurangan untuk ramadan ini.

Kekurangan dana waqaf boleh melambatkan proses penghantaran Al Quran kepada yang telah memohon. Namun kami sangat bersyukur ada orang menyokong kami supaya meneruskan kempen wakaf ini untuk manfaat saudara-saudara Islam yang satu akidah dan iman dengan kita.


Soalan: Saya nak tanya, kalau wakaf untuk org yang dah meninggal boleh jugak ke?

Jawapan: InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia.


Soalan: Jika saya nak wakaf untuk diri sendiri saya boleh?

Jawapan:  Sudah pastinya boleh.


Dibawah ini pula adalah sebahagian gambar agihan Al Quran dari Konsortium Wakaf Quran.


SAYA BERHAJAT INGIN MEWAKAFKAN AL-QURAN BAGAIMANA CARANYA?

Lihat Cara-Cara Berwakaf Dalam Talian Dari Pengasas Konsortium Wakaf Quran

Untuk mewakafkan al-Qur’an, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah.

1. Taja al-Qur’an dengan harga RM35.00 sebuah, jumlah yang ingin ditaja adalah terpulang kepada diri anda. Sebagai contoh, RM 35 untuk sebuah, RM 70 untuk 2 buah, dan begitulah seterusnya.

Modal untuk saham pahala mengalir berpanjangan ini hanya bermula dengan RM35 bagi senaskah Quran.

Jika banyak maka lebih banyaklah keuntungan ganjaran pahala kelak insha Allah.

2. Anda cuma perlu buat bayaran atas talian melalui butang “Berwakaf Sekarang” mengikut jumlah naskhah al-Qur’an yang anda kehendaki.

Boleh juga hubungi Pegawai Konsortium Wakaf Quran bertugas yang sedia membantu anda.

Hubungi, boleh call 0167371267

Whatsapp boleh klik link ini http://wakafquran.wassap.my/

3. Setelah berwakaf, anda digalalakkan untuk join group telegram “Konsortium Wakaf Quran” bagi anda melihat gambar dan aktiviti sumbangan Wakaf Quran. Kami akan kongsikan gambar penerima Quran yang telah diwakafkan di dalam group telegram sebagai bukti kepada anda.

Klik link ini: https://t.me/konsortiumwakafquran


Selepas berwakaf, terus berdoa dengan bersungguh-sunguh kepada Allah s.w.t, berikut 5 doa yang anda boleh baca selepas anda berwakaf:

“Ya الله, terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.”

“Ya Allah berilah aku kesabaran, diberi kerja yang lebih baik, diberi pasangan hidup jika masih belum berumahtangga”

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

“Ya Allah, dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya untuk kedua orang tua ku”

Ya الله , berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.

Tak banyak hanya RM35 sahaja. Akhirat dapat, insyaAllah dunia pun murah rezeki.

Semoga anda yang berwakaf ini mendapat rahmat Allah SWT & dipermudahkan segala urusan. Amin

RM
Caj transaksi payment gateway Bayarcash sebanyak
Personal Info

Donation Total: RM100.00

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah: