Skim Wakaf Al Quran (Sedekah Jariah) Sumbangan Mei 2021

RM122,318 of RM175,000 raised

Skim Wakaf Al Quran (Sedekah Jariah) Sumbangan Mei 2021

Bagi anda yang baru jumpa kempen Wakaf ini, Program ini berkonsepkan ‘taja dan wakaf’, memberi laluan mudah kepada anda yang musykil dan tidak tahu ke mana hendak disalurkan sumbangan serta bantuan kepada saudara-saudara Islam yang satu akidah dan iman dengan anda..


Tahun 2021 adalah tahun ke 16 kami dalam menguruskan Skim Wakaf Al Quran di Malaysia.

Kami juga telah mendapat Pengiktirafan Badan-Badan Islam dan mendapat sokongan penuh daripada agensi-agensi dan Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri.

Alhamdulillah program wakaf al-Qur’an anjuran kami berjaya menjadi contoh dalam usaha menggalakkan umat Islam beramal jariah dan bersedekah.

Hadiahkan Pahala Dengan Sedekah Untuk Orang Tua

konsortium wakaf quran

Sesungguhnya terdapat tiga amalan pahalanya dijamin berterusan mengalir walaupun telah meninggal dunia ialah sedekah jariah, ilmu bermanfaat yang dikongsikan serta doa daripada anak yang soleh.

“APABILA MANUSIA MENINGGAL DUNIA TERPUTUSLAH PAHALA AMALANNYA KECUALI DARIPADA TIGA PERKARA: SEDEKAH YANG BERTERUSAN FAEDAHNYA, ILMU YANG DIMANFAATKAN DAN ANAK SOLEH YANG BERDOA KEPADANYA.”

(HR Muslim, bilangan (3092) daripada Abu Hurairah)


Amalan sedekah jariah seperti mewaqafkan harta yang ada untuk ummah sangatlah dituntut, sebagai bekalan ‘saham’ kita di dunia yang abadi kelak.

Salah satu yang kita boleh waqafkan adalah sumbangan kitab suci Al-Quran yang cukup besar pahalanya dihitung dari setiap huruf yang dibaca.

Jadi, sahabat mulai sekarang mari kita perbanyak sedekah untuk orang tua.

Jika bersedekah untuk orang lain kita boleh, kenapa kita terkadang masih terlupa untuk sedekah kepada orang tua kita.

Kerana itu, Konsortium Wakaf Quran melancarkan Program Wakaf Quran dan buka peluang kepada kita untuk berwakaf atas nama orang tersayang yang telah pergi, masih hidup atau buat diri sendiri.

Soalan: Saya nak tantya, kalau wakaf untuk org yang dah meninggal boleh jugak ke?

Jawapan: InsyaAllah sampai pahalanya dan diterima oleh Allah SWT. Ini kerana, amal soleh atau wakaf yang dilakukan oleh orang yang masih hidup boleh dihadiahkan pahalanya kepada orang yang sudah meninggal dunia.

Soalan: Jika saya nak wakaf untuk diri sendiri saya boleh?

Jawapan:  Sudah pastinya boleh.

Bagi anda yang baru jumpa kempen ini, untuk memudahkan anda faham anda beli Al-Quran dan kami bantu edar dan wakafkan bagi pihak anda, orang yang tersayang dan arwah keluarga anda kepada pelajar tahfiz dan mereka yang memerlukan.


Bulan Mei 2021 ini Konsortium Wakaf Quran memerlukan 5,000 naskah Al Quran untuk diedarkan kepada Insitusi Pendidikan, Madrasah, pondok-pondok tahfiz, Sekolah-sekolah, Surau dan Masji yang telah memohon.

  • Kempen Januari | (ditutup)
  • Kempen Februari | (ditutup)
  • Kempen March | (ditutup)
  • Kempen April | (ditutup)
  • Kempen Mei | (kini dibuka)
  • Kempen Jun | (belum dibuka)

Skim Wakaf Al Quran (Sedekah Jariah) Sumbangan bulan Mei.

Hadiahkan pahala waqaf kepada ibu bapa yang dah meninggal atau yang masih hidup sebagai tanda kasih kita buat mereka.

Jika kita tak sempat berbakti kepada mereka semasa hidup, inilah masanya.

  • Sasaran Mei: 5,000 unit Quran diperlukan bagi bulan ini.
  • Terkumpul: 3,492 unit Quran telah diwakafkan.
  • Berbaki: 1,508 unit Quran masih kekurangan untuk Mei

Dibawah ini pula adalah sebahagian gambar agihan Al Quran dari Konsortium Wakaf Quran.

Siapa yang tak sempat berwakaf bulan lepas, bolehlah berwakaf sekarang, dah buka kempen bagi bulan Mei. Rebut pahala wakaf berpanjangan dengan berwakaf untuk ibu ayah tersayang mahupun diri kita sendiri.

Kita berwakaf sekali, namun pahala mengalir masuk dalam akaun akhirat selamanya. Setiap ayat Quran yang dibaca hasil dari sumbangan wakaf kita, orang yang kita wakafkan dan diri kita juga turut terima ganjarannya.


SAYA BERHAJAT INGIN MEWAKAFKAN AL-QURAN BAGAIMANA CARANYA?

Lihat Cara-Cara Berwakaf Dalam Talian Dari Pengasas Konsortium Wakaf Quran

Untuk mewakafkan al-Qur’an, anda hanya perlu melakukan beberapa langkah mudah.

1. Taja al-Qur’an dengan harga RM35.00 sebuah, jumlah yang ingin ditaja adalah terpulang kepada diri anda. Sebagai contoh, RM 35 untuk sebuah, RM 70 untuk 2 buah, dan begitulah seterusnya.

Modal untuk saham pahala mengalir berpanjangan ini hanya bermula dengan RM35 bagi senaskah Quran.

Jika banyak maka lebih banyaklah keuntungan ganjaran pahala kelak insha Allah.

2. Anda cuma perlu buat bayaran atas talian melalui butang “Berwakaf Sekarang” mengikut jumlah naskhah al-Qur’an yang anda kehendaki.

Boleh juga hubungi Pegawai Konsortium Wakaf Quran bertugas yang sedia membantu anda.

Hubungi, boleh call 0167371267

Whatsapp boleh klik link ini http://wakafquran.wassap.my/

3. Setelah berwakaf, anda digalalakkan untuk join group telegram “Konsortium Wakaf Quran” bagi anda melihat gambar dan aktiviti sumbangan Wakaf Quran. Kami akan kongsikan gambar penerima Quran yang telah diwakafkan di dalam group telegram sebagai bukti kepada anda.

Klik link ini: https://t.me/konsortiumwakafquran


Selepas berwakaf, terus berdoa dengan bersungguh-sunguh kepada Allah s.w.t, berikut 5 doa yang anda boleh baca selepas anda berwakaf:

“Ya الله, terima kasih di atas kehidupan kami, nafas kami dan rezeki yang Engkau limpahkan kepada kami hari ini.”

“Ya Allah berilah aku kesabaran, diberi kerja yang lebih baik, diberi pasangan hidup jika masih belum berumahtangga”

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

“Ya Allah, dengan sedekah ini aku mohon sampaikan pahalanya untuk kedua orang tua ku”

Ya الله , berikan kepada kami jalan petunjuk kebenaran mudah-mudahan kami menjadi hambaMu yang beriman dan bertaqwa.


Tak banyak hanya RM35 sahaja. Akhirat dapat, insyaAllah dunia pun murah rezeki.

Semoga anda yang berwakaf ini mendapat rahmat Allah SWT & dipermudahkan segala urusan. Amin

RM 140.00
Caj transaksi payment gateway Bayarcash sebanyak
Personal Info

Donation Total: RM140.00

Bantu Viralkan

Kami amat-amat menghargai tuan puan untuk share kempen derma ini ke media sosial dibawah. Ianya amat membantu pendedahan kempen yang kami anjurkan kepada masyarakat di luar sana. Klik pada mana-mana button dibawah: